Kebanyakan daripada kita sedar dan tahu berkenaan penipuan persendirian, seperti penggodaman profil sosial, pemasangan perisian yang merbahaya, dan pembelian barangan palsu daripada laman sesawang palsu. Disebabkan penyebaran isu persendirian ini, penipuan melibatkan perniagaan seringkali diabaikan. Namun begitu, masalah ini sangat meruncing.
Penipuan B2B ini boleh terjadi pada semua jenis perniagaan. Penipu akan bermula dengan menghantar invois palsu berkenaan stationary dan akhirnya mereka akan bertindak mengeluarkan kesemua wang daripada akaun bank anda. Untuk memastikan anda tidak ditipu, sila beri perhatian kepada skim penipuan yang terkenal yang boleh terjadi kepada perniagaan anda:
Pelbagai jenis penipuan B2B
- Invois Palsu
- Bil Servis Palsu
- Penceroboh Tempat Kerja
- Pengambilalihan Akaun Bank
- Pancingan Data
- Penipuan Insurans
- Anugerah Kesombongan
- Penipuan Direktori
- Penipuan Broker
Invois Palsu
Pada kebiasaanya, setiap bulan syarikat anda menerima pelbagai bil: pengiklanan, peralatan pejabat, dan banyak lagi. Bil-bil anda inilah yang akan digunakan oleh para penipu untuk meminta bayaran daripada anda untuk iklan yang tidak pernah wujud ataupun peralatan yang anda tidak pernah pesan. Sebelum membuat pembayaran kepada apa jua invois, sila pastikan jika syarikat pembekal tersebut berada di dalam senarai pembekal anda. Perisian perakaunan boleh membantu anda.
Bil Servis Palsu
Bukan sahaja anda membayar untuk perkakas pejabat, anda juga perlu membayar bil elektrik, servis telefon, Internet, dan banyak lagi pada setiap bulan. Penipu ini tahu bahawa servis ini penting, dan mereka akan memperdaya anda dengan invois palsu. Invois ini mengandungi ugutan untuk memotong atau memberhentikan servis tersebut jika anda tidak membayarnya dengan kadar yang segera.
Perlu diingat bahawa syarikat yang beroperasi secara sah akan menghantar bil lebih awal. Dan jika anda lewat membuat pembayaran, pihak syarikat akan menghantar notis secara bertulis beserta cop rasmi dan tandatangan. Jika anda belum menerimanya, sila hubungi penyedia servis tersebut dan kenalpasti jika anda mempunyai apa-apa tunggakan.
Penceroboh Tempat Kerja
Anda mengenali setiap pekerja dalam syarikat anda? Jika kurang daripada 50 orang, mungkin. Tapi bagaimana jika terdapat beratus pekerja?
Sila berikan perhatian terhadap servis keselamatan yang pihak syarikat langgan dan jangan biarkan sesiapa pun yang tidak dikenali daripada datang dan pergi tanpa temujanji samada panggilan ataupun email. Pasang kamera keselamatan dan gajikan seorang pekerja untuk memantau setiap pelawat: anda tidak mungkin dapat membezakan penghantar surat sebenar ataupun pencuri mencuba untuk mengambil apa yang berbaloi untuk dicuri.
Pengambilalihan Akaun Bank
Pengambilalihan akaun bank merupakan salah satu penipuan yang paling merbahaya dan teruk untuk syarikat dan perniagaan kecil. Penipu ataupun penyamar akan memerikan anda pautan ke laman sesawang yang mempunyai perisian merbahaya ataupun emel yang mengandungi virus demi memperolehi kata laluan dan ID untuk akaun bank atas talian menggunakan maklumat tersebut untuk melakukan pelbagai transaksi.
Sila pastikan anda mempunyai perisian antivirus dan sentiasa memantau akaun bank anda setiap hari, dan jangan ambil mudah jika terdapat aktiviti yang mencurigakan.
Pancingan data
Daripada pandangan pertama, email pancingan data ternampak seperti email yang tulen. Walaupun ia kelihatan sama seperti laman sesawang yang asli, ia adalah tiruan dan dicipta untuk mencuri data dan maklumat daripada pengguna: nombor kad kredit, makkumat lengkap dokumen, kata laluan.
Jika terjadinya pengambilalihan akaun bank, sila pastikan anda mempunyai antivirus yang terjamin dan selamat yang dan penipu tersebut tidak boleh mencuri apa-apa maklumat daripada anda.
Penipuan Insurans
Penipu ataupun penyamar akan memberitahu anda bahawa mereka "tergelincir dan terjatuh" di kawasan premis perniagaan anda dan mereka mengalami kesakitan yang tidak dapat dilihat pada imbasan sinar-x. Penipu yang lain akan menunggu kenderaan anda menghala ke arah mereka dan mengalami kemalangan palsu. Mereka melakukan hal sedemikian untuk menuntut pembayaran insurans.
Jangan abaikan untuk melabur untuk kamera keselamatan anda dan pastikan anda mempunyai perlindungan insurans yang mencukupi untuk melindungi diri anda daripada penipuan ini.
Anugerah Kesombongan
Segelintir penipuan boleh menjatuhkan harga diri kita. Apabila anda mendapat maklumat yang syarikat atau perniagaan anda tersenarai di antara yang paling kerap dan akan diterbitkan dalam keluaran terbaru sesebuah majalah terkenal, anda boleh hilang pertimbangan. Semestinya, terdapat perbelanjaan yang anda harus tanggung: pencetakan, pesanan untuk syarikat serta keluarga, dan banyak lagi.
Sila pastikan anda memeriksa samada sesebuah organisasi tersebut sah ataupun tidak, dan jangan bertindak terburu-buru. Jika tidak, anda boleh kehilangan wang anda.
Penipuan Direktori
Pihak syarikat luar mungkin menelefon anda dan memberitahu bahawa mereka mahu mengemaskini maklumat di dalam direktori mereka. Malah mereka akan meyediakan contoh katalog yang sudah dicetak ataupun mereka akan memberikan pautan kepada laman sesawang mereka. Tetapi hakikatnya, mereka hanya ada salinan yang sudah dicetak hanya untuk anda, dan setelah anda membuat bayaran yang banyak, mereka menghilangkan diri.
Kunci utama adalah kepekaan: sila semak secara terperinci maklumat syarikat yang menyediakan servis dan memastikan ia beroperasi secara sah, dan membuat kajian terhadap syarikat lain yang juga tersenarai di dalam direktori berikut dan pastikan mereka juga benar-benar wujud dan beroperasi.
Penipuan Broker
Sesebuah perniagaan tidak selalunya akan berkembang, dan mungkin anda mahu menjual perniagaan anda suatu hari nanti. Sila pastikan anda menghubungi broker perniagaan yang terkenal dan tidak mempercayai semua tawaran yang anda terima di emel anda. Penipu boleh menipu anda dan menjanjikan wang yang banyak setelah anda membayar komisen kepada mereka. Tetapi skimnya mudah: anda bayar - mereka hilang.
Bagaimana untuk Mengelakkan Diri Anda Daripada Ditipu
Anda tidak perlukan langkah-langkah yang rumit untuk memastikan keselamatan anda. Caranya mudah sahaja dan tidak mengambil masa yang lama. Bagaimanapun, ia boleh menjimatkan wang anda dan akan membantu perniagaan anda untuk tidak merudum:
- Didik diri anda dan juga pasukan anda
- Selamatkan harta benda anda
- Cegah serangan siber
- Kawal sejarah pesanan anda
- Kenal pembekal dan pelanggan anda
- Laporkan penipuan
Didik Diri Anda dan Pasukan Anda
Ilmu memberikan kuasa. Mustahil untuk anda mencegah penipuanbersendirian, oleh itu biarkan pasukan anda membantu anda. Adakan seminar atau webinar di mana anda menerangkan potensi ancaman yang akan hadapi oleh pekerja anda dan bagaimana memerangi mereka. Jika anda tidak mempunyai masa untuk ini, beri tugas kepada seseorang pekerja untuk membuat brosur atau persembahan, dan pastikan pekerja anda yang lain turut mempelajarinya.
Selamatkan Harta Benda Anda
Kamera keselamatan ada di mana-mana: kedai, lot parkir, di jalanan. Jangan kedekut untuk mengeluarkan sedikit modal untuk memasang kamera keselamatan di dalam dan di luar premis perniagaan anda atau tempat anda bekerja. Ia akan menyelamatkan anda suatu hari nanti.
Cegah Serangan-Siber
Pada masa ini, kes serangan-siber adalah lebih banyak daripada kes pecah masuk premis perniagaan. Fikirkan: kenapa perlu merisikokan nyawa anda sedangkan anda boleh menghantar emel yang membolehkan anda mempunyai akses kepada semua wang, dan melakukannya hanya dari rumah? Jadi, gunakan khidmat yang dipercayai untuk melindungi syarikat anda daripada serangan-siber ini. Jangan teragak-agak untuk berbincang bersama pakar berkenaan perisian apa yang terbaik untuk syarikat anda.
Kawal Sejarah Pesanan Anda
Kendalikan belanjawan anda. Simpan invois untuk semua yang dipesan syarikat anda di satu tempat; perisian perakaunan adalah pilihan terbaik. Apabila pentadbir pejabat menerima invois untuk barang tersebut, mereka boleh memeriksa adakah barang itu tidak palsu.
Kenal Pembekal dan Pelanggan Anda
Mengenali pelanggan dan pembekal anda merupakan kunci kepada kejayaan. Pengetahuan ini akan membantu untuk tidak membenarkan orang yang boleh membahayakan perniagaan anda, masuk ke dalam premis perniagaan anda.
Laporkan Penipuan
Jika anda telah menjadi mangsa sesuatu penipuan, jangan berasa malu untuk melaporkannya. Kumpul semua emel, nombor telefon, dan video rakaman kamera keselamatan apabila membuat laporan, dan hantar aduan pelanggan kepada FTC (Jawatankuasa Perdagangan Persekutuan).
Komentar