Pada ketika ini dengan berkembangnya teknologi, apabila berbilion manusia menggunakan sistem pembayaran elektronik dan setiap bayi sudah mempunyai emel sendiri, semua orang akan pernah melihat emel yang berbentuk penipuan. Ia bleh jadi apa sahaja, daripada penipuan putera Nigeria sehingga penipuan akaun bank yang nampak serupa dengan yang asli. Tetapi kebanyakan emel penipuan ini boleh dikatakan tidak merbahaya kerana tidak ramai orang terpedaya dengannya, tetapi segelintir penipu mempunyai cara untuk menipu orang yang mempercayainya sebagai asli dan tulen.
Sekarang, emel putera Nigeria telah menjadi bahan lawak jenaka di Internet dan ramai pengguna akan tahu berkenaan penipuan ini hanya dengan sekilas pandang. Namun, emel yang menyamar sebagai wakil sistem pembayaran seperti PayPal, semakin menjadi-jadi. Terutama sekarang, apabila orang ramai berada di rumah dan membuat lebih banyak pembelian atas talian.
Emel PayPal palsu
Setelah saya sendiri menerima banyak emel PayPal palsu, dapat saya katakan bahawa mereka biasanya terpedaya dengan satu daripada dua kategori ini:
- emel palsu PayPal berkaitan pengesahan pembayaran
- emel untuk cuba mengakses akaun PayPal anda
Pengesahan pembayaran PayPal palsu
Jenis emel pertama ialah yang akan terima apabila anda menjual ataupun membeli sesuatu secara atas talian. Sebagai contoh, anda sedang cuba menjual figura aksi di Ebay ataupun Craiglist. Ia berada dalam keadaan yang baik, jadi anda meletakkan harganya pada ratusan ringgit. Anda menerima notifikasi mesej peribadi: seseorang berminat untuk membelinya. Malah mereka juga akan tawar menawar harga sedikit tetapi cepat menyerah jika anda tidak setuju dengan tawaran mereka (seolah-olah mereka akan membayar mengikut harga yang anda minta – kita sedar artikel ini berkaitan penipuan, bukan?).
Kemudian anda akan menerima emel daripada “PayPal”, mengatakan bahawa lebih kurang begini: “ pihak kami sudah menerima pembayaran daripada pembeli anda, dan sekarang anda perlu menghantar barang tersebut untuk menerima pembayaran itu secara pindahan ke akaun anda.” Baiklah, jika PayPal sudah mengatakan begitu, mungkin itu’ cara mereka untuk melindungi kedua-dua pihak penjual dan pembeli, dan anda pun menghantar barang tersebut. Biasanya, alamatnya adalah PO yang disewa, bukan alamat rumah. Tahniah – sekarang anda tidak akan menerima apa-apa bayaran dan pembeli tersebut akan berbalah dengan anda melalui mesej, memberitahu mereka sudah membuat pembayaran, tetapi lama kelamaan, mereka akan menyahaktifkan akaun mereka dan menghilangkan diri buat selama-lamanya.
Ataupun, lebih memeranjatkan, emel daripada “PayPal” memberitahu mereka sudah menghantar lebih satu ratus – secara tidak sengaja! Jadi pembayaran “belum lagi diterima pada akaun anda, ”mereka’ meminta anda memulangkan semula sejumlah wang yang mereka terlebih bayar. Sebagai manusia biasa yang telah melakukan beberapa kesilapan bodoh sepanjang hidup kita, anda telah menghantar semula wang tersebut DAN menghantar barang tersebut. BOOM – sekarang anda sudah tidak mempunyai barang tersebut, tidak menerima apa-apa wang daripadanya, dan anda telah memberikan penipu tersebut wang sebenar anda.
Mendapatkan akses ke akaun PayPal anda
Jenis emel ini seolah-olah cuba menakut-nakutkan anda yang memberitahu (cuba untuk menuding jari – tetapi kita tahu siapa) sedang mencuba mendapatkan akses kepada akaun PayPal anda, jadi anda perlu mengklik pautan tersebut dan menukar kata laluan anda ndash; dengan memasukkan kata laluan anda sekarang, semestinya. Penipuan ini sudah terkenal sejak sekian lama, tetapi ramai masih terpedaya dengannya disebabkan penipu menyamar dan meniru laman sesawang rasmi PayPal dan juga emel mereka.
Anda memasukkan kata laluan anda dan beberapa saat selepas itu, penipu tersebut sudahpun membuat pindahan wang yang anda ada dalam akaun ke tempat lain. Pada kebiasaannya, pihak PayPal tidak boleh melakukan apa-apa berkaitan perkara ini disebabkan akaun anda diakses menggunakan kata laluan sebenar dan pindahan wang tersebut tidak boleh dibatalkan.
Bagaimana untuk melindungi diri saya daripada penipuan PayPal?
Anda perlu mematuhi beberapa syarat untuk memastikan anda tidak terjebak dan menjadi mangsa seterusnya yang ditipu di PayPal. Pihak PayPal juga sangat risau terhadap perkara ini, jadi mereka juga telah menulis satu artikel menarik bagaimana untuk mengelakkan penipuan emel PayPal. Setelah anda selesai membaca artikel ini, sila teruskan membaca artikel yang dikeluarkan oleh PayPal pula.
- Pertama sekali, sila pastikan emel tersebut memanggil anda dengan nama sebenar anda. Pada kebiasaannya, penipu tersebut tidak mengetahui nama penuh anda, jadi mereka akan memanggil anda apa sahaja: Dear sir/madam/member, To whom it may concern, ataupun sekadar Hello sahaja yang tidak disertakan dengan nama sebenar anda menunjukkan bahawa emel tersebut adalah palsu dan mencurigakan. Pihak PayPal yang asli tahu nama anda – dan mereka akan menggunakannya.
- Jangan lupa untuk memeriksa alamat dari mana datangnya emel tersebut dan PayPal mempunyai domain mereka sendiri, jadi tidak ada “@gmail.com” ataupun “@paypal-service666”. Dan juga, sila periksa ejaan yang dieja dengan betul ndash; Saya tahu ia sukar untuk menyedari atau perasan L kedua pada PayPall, tetapi anda harus memeriksa juga ejaanya ataupun apa sahaja kesilapan ejaan pada alamat emel tersebut. Dan sebagai syarat asas – sila semak kesilapan tatabahasa di dalam emel tersebut. Terdapat beberapa petanda bahawa sesuatu yang mencurigakan sedang berlaku.
- Sila berhati-hati terhadap emel yang meminta maklumat peribadi atau akaun andaseperti kata laluan untuk menjawab soalan-soalan keselamatan. Jangan sesekali memberikan dan menghantar maklumat peribadi anda melalui emel. Itu sahaja syaratnya.
- Jika emel tersebut mengandungi pautan, sila semak perkara sebelumnya, terutama sekali dua yang pertama, sebelum anda mengklik pautan tersebut! Sebaiknya, jika anda tidak pasti dan percayakan 100% perkara tersebut, jangan gunakan pautan yang diberikan kepada anda untuk ke laman sesawang tersebut (kemungkinan besar, pautan kepada laman untuk menukar kata laluan anda). Sebaliknya, taip alamat PayPal ke dalam bar alamat anda sendiri. Untuk lebih keselamatan, sila pastikan alamat tersebut mengandungi https:// sebelum alamatnya: ini bermakna laman tersebut adalah selamat untuk digunakan.
Saya tahu, kadang kala anda perlu cepat dan anda akan melakukan apa yang diberitahu di dalam emel tersebut tanpa menyemak kandungannya secara terperinci disebabkan ia nampak seperti yang asli. Tetapi syarat-syarat ini adalah sangat penting untuk memastikan anda tidak terpedaya dan tertipu – penipuan inilah yang akan menggunakan masa anda dengan amat banyak. Penipuan melalui PayPal bukanlah sesuatu yang asing: ia merupakan salah satu penipuan terkenal yang menggunakan nama syarikat terkenal. Sila berhati-hati dengan apa yang anda percayakan. Sila taip sendiri alamat tersebut dan jangan terus percaya dengan bakal pembeli ataupun penjual tanpa anda menyemak sendiri pindahan tersebut.
Jika anda masih belum merasa selamat untuk anda mengenali sesuatu penipuan itu, sila baca artikel kami berkenaan bagaimana untuk mengelakkan diri anda daripada penipuan Internet.
Komentar