Apakah itu Forex
Forex (singakatan daripada FOReign EXchange) merupakan pasaran kewangan antarabangsa ditubuhkan pada 1976. Perdagangan matawang melibatkan bank pusat terdiri daripada beberapa negara, organisasi besar, bank komersial, dan pelbagai pedagang yang melakukan pertukaran matawang.
Kita berdagang matawang utama yang boleh ditukar antara satu sama lain di Forex. Kelebihan Forex ialah sesiapa sahaja boleh melakukannya, walaupun mereka yang tidak mempunyai kelayakan dalam bidang ekonomi. Terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian: pertama, pedagang tidak akan membeli atau menjual matawang fizikal. Kedua, pembelian dan penjualan berlaku pada semua transaksi matawang. Pasangan paling popular ialah EUR/USD, USD/JPY, GBP/USD, USD/CHF.
Secara amnya, berdagang merupakan proses membeli dan menjual matawang untuk memperoleh keuntungan. Harga matawang ini sentiasa berkait dengan harga matawang yang lain, jadi transaksi tersebut akan sentiasa melibatkan dua matawang secara serentak. Keuntungan anda (atau kerugian) anda bergantung kepada perbezaan perubahan harga matawang tersebut.
Pasaran ini berfungsi 24 jam, menerima semua volum transaksi, dan volumnya berkembang setiap tahun. Amaun purata transaksi dalam pasaran ini ialah 4-5 trillion dollar AS, dan melebihi kapasiti perdagangan pasaran saham AS yang paling baik.
Adakah Forex ini Satu Penipuan
Sesetengah orang percaya bahawa Forex merupakan satu penipuan, terutamanya jika pihak ketiga yang mengelola kesemua proses perdagangan. Sama seperti perniagaan yang mempunyai pendapatan tinggi akan menarik minat ramai orang, malangnya Forex kebetulan menjadi objek transaksi penipuan. Walau bagaimanapun, menjana pendapatan tanpa penipuan merupakan satu fakta.
Kita perlu faham bahawa helah dan tipu daya syarikat Forex, mudah dikesan. Tawaran yang sangat menguntungkan dari pusat urus niaga boleh menjadi salah satu tanda penipuan Forex. Sudah tentu, syarat-syarat untuk bekerjasama harus menguntungkan, tetapi perlu disedari bahawa mereka adalah benar dan wujud.
Apa itu Penipuan Forex
Para pakar dan pasukan bantuan teknologi telah bekerja keras untuk mengurangkan kes penipuan Forex. Walau bagaimanapun, terdapat banyak kesnya, termasuklah kes yang paling umum:
Penjual Signal
Penipuan penjualan signal ini terjadi apabila seseorang individu ataupun syarikat menjual maklumat berkenaan dagangan yang mana perlu dibuat dan menegaskan maklumat tersebut diperolehi daripada peramal matawan professional. Mereka akan mengatakan yang ini merupakan jalan terbaik untuk memperoleh keuntungan, dan skim ini sentiasa berkesan kepada pengguna yang kekurangan pengalaman.
Penjual signal pada kebiasaaanya akan mengenakan bayaran kepada pelanggan secara harian/mingguan atau bulanan dan jangan beri pedagang apa-apa maklumat berguna. Mereka mempunyai banyak ulasan pengguna yang mana boleh meyakinkan para pelabur dan menaikkan kredibiliti mereka. Walau bagaimanapun, realitinya, mereka tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan kepada pelanggan mereka.
Skim Piramid
Piramid kewangan (ataupun skim Ponxi) wujud sejak dari abad yang lepas, dan mereka merupakan salah satu penipuan Forex yang terkenal. Mereka menjanjikan pulangan yang tinggi dengan pelaburan yang kecil, dan pada mulanya, pelabur akan memperoleh sedikit keuntungan. Keuntungan ini akan menjadi motivasi untuk mengajak lebih ramai kawan-kawan pelabur dan keluarga untuk terlibat dengan skim ini.
Walau bagaimanapun, apabila bilangan pelabur semakin berkurangan, skim ini akan lenyap. Jadi, menjadi kaya dengan skim piramid ini adalah benar tetapi hanya kepada penipu yang memulakannya itu.
Penipuan Bilik Dandang
Jenis penipuan ini pula mencadangkan pelabur untuk membeli saham syarikat. Syarikat ini sebenarnya tidak pernah wujud, dan mereka akan memberikan pelanggan nombor telefon palsu, laman sesawang palsu, dan pejabat palsu.
Mereka menyatakan bahawa situasi itu mustahak, dan saham syarikat tersebut akan meningkat secara mendadak dalam masa terdekat. Jadi para pelabur tidak akan mempunyai masa untuk berfikir dan membuat kajian yang tepat dan akan mempercayai bulat-bulat dengan apa yang dinyatakan oleh penipu tersebut. Dan apabila penipu tersebut telah menerima wang yang ditunggu-ditunggu, mereka akan menghilangkan diri bersama-sama dengan semua wang pelaburan.
Penipuan Perisian
Berdagang dan peroleh keuntungan tanpa perlu berbuat apa-apa akan menarik minat pelanggan yang kurang berpengalaman. Jadi, perkakas perisian untuk Forex sudah ada di pasaran sekarang. Mereka menawarkan perisian yang boleh meramal pasaran dan akan mencadangkan pilihan terbaik untuk berdagang.
Para profesional juga menggunakan perisian, tetapi ia hanya membantu untuk melihat trend yang lepas dan meramal pergerakan akan datang berdasarkan maklumat tersebut. Walau bagaimanapun, tiada langsung perkakas untuk meramal trend market secara automatik. Dan jika ada sekalipun, anda fikir mereka akan berkongsi dengan sangat mudah?
Pengurusan Akaun
Terdapat banyak contoh penipuan ini, apabila pengguna kurang berpengalaman mencari apa yang dipanggil sebagai "pengurus" untuk akaun mereka yang mana pengurus itu yang akan berdagang dan bukan mereka. Walau bagaimanapun, mencari pengurus sebenar sangat sukar. Ramai penipu mengambil kesempatan terhadap kepercayaan pedagang baru, dan bukan mereka melabur wang mereka, sebaliknya akan mengeluarkannya daripada akaun dagangan mereka.
Bagaimana Untuk Mengelakkan Diri Daripada Ditipu
Saranan yang paling utama untuk tidak ditipu ialah menggunakan akaun demo. Akaun demo akan membantu anda memahami asas berdagang, pelbagai instrumen yang anda boleh guna, dan akan memaparkan semua senario kepada anda: daripada keuntungan yang tinggi dan juga kerugian teruk.
Walau bagaimanapun, belajar berdagang tanpa guru ataupun broker yang dipercayai boleh mengambil masa bertahun-tahun. Apabila mencarinya, elakkan daripada seseorang yang menjanjikan anda untuk belajar dalam satu minggu sahaja, dan memperoleh keuntungan cepat. Harus diingat bahawa untuk menguasai kemahiran anda kepada tahap profesional, ia akan mengambil masa bertahun-tahun.
Satu lagi perkara: sila semak kesahihan dan pengesahan terhadap syarikat ataupun organisasi yang mengadakan kursus/kemahiran. Untuk ini, periksa dengan pihak berkuasa tempatan di mana perniagaan tersebut didaftarkan kerana beberapa penipu berdagang dari lokasi di mana undang-undang tempatan tidak mendedahkan mereka kepada pendakwaan di peringkat antarabangsa.
Komentar