Mengenai Sertai Kami

Penipuan Tidak Dibenarkan: Lindungi Diri Anda Daripada Penipuan Internet

Aug 24, 2020 - Koby Pearson

Super Healthy Cakes for all family

Teknologi baru dan canggih telah memasuki dunia kita. Justeru, penyebaran penipuan atas talian juga meningkat. Penipu boleh memperdaya anda dalam pelbagai cara, daripada menghantar kepada anda perisian berbahaya hinggalah sumbangan kepada pusat kebajikan yang tidak wujud. Anda tidak mahu ditipu? Lihat apa yang Boleh dan Jangan dibuat untuk melindungi diri anda daripada penipuan atas talian.

Jangan Kongsi Maklumat Kewangan Anda

Pancingan data merupakan operasi penipuan yang mensasarkan untuk menerima maklumat perbankan anda melalui laman sesawang palsu yang dicipta menyerupai laman sesawang yang asli. Skim ini sangat mudah: pengguna akan menerima mesej yang menyatakan anda perlu mengisi maklumat perbankan anda dengan beberapa alasan. Pengguna tidak mengetahui bahawa laman sesawang tersebut ialah palsu dan mereka akan memberikan semua maklumat kepada penipu tersebut, yang kemudiannya hidup mewah dan gemira, dengan wang yang dicuri.

Sila Cipta Kata Laluan Yang Sukar-untuk-Digodam

Pada hari ini, kata laluan seperti "Susan1985" atau "Passw0rd" mudah dijangka dan mudah digodam, dan penggodam boleh menggodamnya dalam beberapa minit sahaja. Cipta kata laluan yang lebih rumit sekurang-kurangnya lapan aksara panjang, termasuk nombor, huruf besar, dan aksara khas. Kami mencadangkan anda mencipta kata laluan berbeza bagi kesemua laman sesawang yang anda gunakan.

Jangan Dedah Nombor Keselamatan Sosial Anda

Jika anda menerima mesej yang menyuruh anda memberikan nombor keselamatan sosial anda, jangan mudah terpedaya. Perniagaan yang sah mungkin memerlukan maklumat ini, tetapi mereka tidak akan meminta anda untuk menghantarnya melalui emel.

Sila Kemaskini Antivirus Anda

Pada ketika ini komputer boleh memberitahu semua maklumat pemiliknya: nama, kata laluan, nombor akaun bank. Sila pastikan anda mempunyai antivirus yang terbaik dan dikemaskini untuk melindungi diri anda daripada kebocoran maklumat.

Jangan Muat Turun Perisian Yang Mencurigakan

Seberapa pantas antivirus ditingkatkan, perisian merbahaya juga ditingkatkan. Kadang kala virus ini tersembunyi jauh dan antivirus anda tidak dapat melihatnya, terutamanya dalam emel. Sila berhati-hati dan jangan membuka fail pemasangan dalam emel anda, melainkan ianya daripada sumber yang sah dan dipercayai.

Jangan Membeli di Laman Sesawang Yang Tidak Dipercayai

Membeli belah secara atas talian menjadikan kehidupan kita lebih selesa: tidak perlu beratur panjang untuk membeli seluar saiz anda. Di internet, anda boleh memilih ciri-ciri barang yang anda mahuakn, daripada warna kepada harga, dan akan menerimanya dalam beberapa hari. Namun begitu, semak URL dengan berhati-hati dan sila pastikan anda berada di laman sesawang UNIQLO, dan bukan UNQLO ;)

Buat Kajian Ulasan

Ulasan mempunyai impak yang ketara kepada pelanggan. Jadi, harus diingat bahawa kadangkala para penipu telah membayar untuk maklumbalas positif ataupun menulis ulasan mereka sendiri. Jangan percaya testimoni yang terawal, pergi ke beberapa platform lain untuk memastikan perniagaan tersebut boleh dipercayai.

Jangan Menderma kepada Badan Amal yang Tidak Dipercayai

Sedih tetapi itulah hakikatnya: segelintir penipu mempermainkan perasaan kita untuk memalsukan sumbangan amal. Tujuan sumbangan amal berbeza-beza – membina rumah perlindungan untuk haiwan yang tidak bertuan, mengumpul dana untuk kanak-kanak sakit, dan banyak lagi. Kajian di Google selama 5 minit boleh menyelamatkan anda daripada memberi wang anda kepada penipu tersebut, jadi lakukannya sebelum membuat apa-apa sumbangan amal.

Penipuan kewangan berada di setiap sudut - dalam talian dan luar talian. Walaupun begitu, tidak sukar untuk melindungi diri anda daripada mereka: katakan "ya" kepada antivirus dan penyelidikan awal yang boleh dipercayai, dan "tidak" ke laman web yang mencurigakan dan memberikan butiran bank anda kepada setiap orang yang memintanya.

FAQ

Bagaimana Untuk Melindungi Diri Saya Daripada Penipuan Atas Talian?

Penipuan di Internet telah wujud seusia dengan wujudnya laman sesawang itu sendiri. Saban tahun, penipu telah mewujudkan pelbagai tipu dan helah baru untuk memperdaya bakal mangsa mereka. Untuk mengelakkan diri anda terperangkap dengan penipuan atas talian ini, sila pastikan anda mengikut peraturan mudah berikut:

  • Semak tetapan privasi media sosial anda dan jangan sesekali berkongsi maklumat dengan seseorang yang anda tidak kenal.
  • Cipta kata laluan yang kukuh dan berlainan bagi setiap laman sesawang yang anda lawati. Pakar menasihatkan supaya anda menukar kata laluan anda beberapa bulan sekali.
  • Sentiasa berhati-hati apabila menggunakan Wi-Fi umum. Anda boleh gunakannya untuk melayari laman umum, tetapi jangan sesekali menggunakannya untuk membeli belah ataupun untuk perbankan.
  • Jangan membuka atau mengklik teks, tetingkap yang muncul, pautan, ataupun lampiran dalam emel yang mencurigakan.
  • Jangan menghantar wang ataupun memberi maklumat kad kredit, maklumat akaun atas talian, ataupun salinan dokumen peribadi kepada orang yang anda tidak kenal ataupun percaya.
  • Berhati-hati dengan permintaan bayaran yang luar biasa. Penipu akan sentiasa meminta anda untuk membuat pembayaran dengan kaedah yang luar daripada kebiasaaan, termasuklah kad hadiah ataupun matawang digital, seperti Bitcoin.

Apa Yang Saya Harus Lakukan Jika Saya Sudah Menjadi Mangsa Penipuan Atas Talian?

Kadangkala kita memilih untuk tidak membuat laporan penipuan kerana berasa malu setelah ditipu. Harus diingat penipuan adalah jenayah, dan penipu akan sentiasa mencari kaedah baru untuk menipu mangsa mereka. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa, jadi anda harus bersungguh-sungguh untuk mencegahnya.

Perkara pertama yang harus anda lakukan jika sudah menjadi mangsa penipuan ini ialah anda harus menghubungi pihak polis. Sila hadirkan diri ke balai polis terdekat ataupun hubungi nombor kecemasan untuk mendapatkan khidmat nasihat. Sila hubungi bank jika ia melibatkan kad kredit, perbankan atas talian, ataupun cek anda.

Jika wang anda telah dipindahkan melalui sistem pembayaran atas talian (PayPal, WebPay, dll), sila hubungi khidmat bantuan pelanggan mereka. Khidmat bantuan pelanggan boleh menyekat akaun penipu tersebut, untuk mencegah kemungkinan berlakunya kecurian.

Bolehkah Saya Menerima Wang Saya Semula?

Jika penipu tersebut sudah mencuri maklumat kad anda, anda perlu menghubungi khidmat pelanggan bank anda dan menyekat kad tersebut. Selepas itu, hadirkan diri anda ke bank dan hantar permohonan untuk membatalkan pemindahan tersebut. Semakan ke atas permohonan anda boleh mengambil masa sehingga 30 hari. Sila bawa bersama segala bukti yang menunjukkan anda telah diperdaya dan bawa ia kepada pihak bank dan juga polis.

Menurut statistik, hanya 23 peratus sahaja laporan diterima daripada jumlah kehilangan 1.7 juta kes, ia bermakna anda mempunyai peluang untuk menerima kembali wang anda.

  • Mesej berjaya dihantar
  • Mesej tidak berjaya dihantar

Komentar

Tinggalkan komen

Kami menggunakan cookies

Dengan melawat laman web FraudHunter, anda mempersetujui tindakan kami memproses data peribadi adna menggunakan perisian metrik. Butiran selanjutnya

Berita terkini: WikiFX: Berapakah Harga Untuk Reputasi Broker?

Baca lebih lanjut