Pernahkah anda menerima mesej yang mengatakan anda telah memenangi $1000, dan anda perlu memberikan maklumat perbankan anda jika mahu menerima wang tersebut? Ataupun mungkin anda pernah menerima emel yang mengatakan seseorang cuba log masuk ke akaun Facebook anda, dan untuk mengesahkan identiti anda, anda perlu menghantar gambar passport anda? Jika ya, anda sudah separuh jalan di dalam penipuan atas talian.
Dengan meluasnya Internet pada hari ini, penipuan atas talian boleh dipanggil wabak untuk abad ke 21. Ketahui 10 penipuan atas talian yang perlu dielakkan setelah membaca artikel ini.
Pancingan data
Semua orang sukakan sesuatu yang percuma, dan pada hari ini, terdapat pelbagai pemberian percuma daripada blogger dan jenama terkenal, repost-untuk-menang, dan banyak lagi. Namun begitu, bukan kesemuanya adalah tulen. Pancingan data ialah penghantaran emel dan notifikasi dalam skala yang besar bagi pihak jenama terkenal, bank, sistem pembaytaran, dan jaringan sosial.
Emel ini pada kebiasaanya mengandungi logo, mesej, dan pautan terus kepada laman yang tidak dapat dibezakan dengan yang asli. Apabila anda mengklik pautan ke laman web perkhidmatan tersebut, anda akan memasukkan data sulit dan peribadi anda dalam bentuk yang sesuai dengan pelbagai dalih. Akibatnya, penipu mendapat akses ke akaun pengguna dan akaun bank.
Serangan pancingan data pertama muncul pada akhir abad yang lalu, dan sekarang, menurut Google, kira-kira 12.4 juta pengguna menjadi mangsa pancingan data di dunia pada setiap tahun.
Penipuan "The Nigerian"
Nigerian Scam ialah sejenis penipuan Internet yang muncul pada tahun 1980-an. Namanya merujuk kepada tempat asal. Penipuan Nigeria melibatkan penyerang yang cuba memeras wang daripada pengguna atau mendapatkan akses ke akaun Bank mereka. Pemipu tersebut menghantar mesej kepada pengguna, meminta mereka untuk memerikan sejumlah wang demi untuk mendapatkan akses ke jumlah yang lebih banyak.
Menurut kisah penipu tersebut, berjuta-juta dolar yang diperoleh adalah tidak cukup sah dan juga disimpan secara haram. Pengarang mesej menjanjikan bahawa pengguna akan menerima sebahagian daripada jumlah yang banyak sebagai hadiah untuk "kerja" yang mereka telah lakukan. Sudah tentu, hasil emel warga Nigeria itu jelas: pengguna, sebagai mangsanya, kehilangan semua dana mereka jika penipu tersebut akhirnya telah mendapat akses ke akaun bank "mangsa" tersebut.
Penipuan Perisian
Bayangkan: anda menerima emel daripada syarikat perisian yang jenamanya terkenal di seluruh dunia, mengatakan bahawa anda akan menerima versi percuma perisian tersebut. Katakan ia adalah Adobe Photoshop, yang mana pada kebiasaanya berharga $120 untuk satu tahun. Dan sekarang anda, individu yang bertuah, akan dapat berjimat!
Anda mengklik pautan, memuat turun program, memulakan pemasangan, tetapi daripada memiliki salinan perisian percuma, sebaliknya anda mendapat program yang mencuri semua data, kata laluan dan merosakkan komputer anda. Tahniah – anda telah menjadi mangsa penipuan perisian. Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, sila pastikan anda meningkatkan perlindungan dalam talian anda dengan program antivirus yang boleh dipercayai.
Penipuan Pembunuh Upahan
Penipuan Pembunuh Upahan merupakan yang paling serius daripada senarai ini. Penipuan ini menggunakan ancaman yang telah dirancang untuk menakutkan anda agar anda menyerahkan wang anda dan juga boleh merangkumi ancaman terhadap nyawa anda. Malah pihak FBI juga sedang mengawasi segelintir daripada mereka.
Penipuan Pembunuh Upahan mungkin berbeza, tetapi mereka hanya mempunyai satu tujuan: menakut-nakutkan anda melainkan anda tunduj kepada tuntutan mereka dan membayar ribuan dolar untuk menghindarinya. Sebilangan penipu mendakwa bahawa mereka menggodam komputer anda, merakam video semasa anda mengunjungi laman web lucah, dan akan menghantarnya ke semua kenalan sekiranya anda enggan membayar mereka.
Orang lain mungkin mengatakan bahawa mereka tahu seseorang yang ingin membunuh anda, dan setelah menerima sedikit imbuhan, mereka akan memberitahu namanya dan memberikan bukti. Sekiranya anda menerima mesej seperti ini, FBI menasihatkan agar anda tidak tertekan dengan sebarang surat yang berbentuk ancaman, dan juga memadam emel SPAM yang belum lagi dibuka.
Penggodaman Profil Sosial
Kadangkala anda terlupa kata laluan akaun Facebook atau Instagram anda. Apa yang sering lakukan ialah mengklik "lupa kata lauan", tetapkan semula kata lauan lama, dan membuat kata laluan yang baru. Sangat-mudah. Namun begitu, kadangkala anda akan melalui operasi yang lebih rumit. Sebagai contoh, Facebook dan VK boleh meminta anda untuk mengambil gambar passport anda untuk membuktikan identiti anda. Jarang berlaku, tetapi ia telah terjadi.
Mereka yang tidak mahu kehilangan profil mereka, akan menghantar salinan dokumen mereka ke sokongan teknikal. Malangnya, anda boleh menghadapi penipu walaupun di sana. Sekiranya anda mendapat emel yang mengatakan bahawa seseorang cuba mendapatkan akses ke akaun anda, dan anda perlu menghantar data anda, hubungi sokongan teknikal laman web pada mulanya. Sekiranya mereka mengesahkan perkara ini, gunakan dokumen yang diperlukan. Sekiranya tidak, abaikan mesej ini dan masukkanmya ke dalam spam.
Penipuan Melancong
Pihak syarikat penerbangan melancarkan penerbangan baru pada puncak musim pelancongan, tiket kereta api dijual seperti pisang panas, dan penipu cuba memperdayakan bakal pelancong ini dengan aktiviti berganda dengan membuat laman klon yang menawarkan potongan harga yang luar biasa untuk penerbangan dan pakej lawatan. Untuk merancang percutian, pengguna yang tidak merasa curiga memesan tiket dan melayari laman web seperti itu, tetapi setelah pembayaran dibuat, tidak ada yang berlaku: tidak ada tiket, tidak ada wang, tidak ada percutian.
Para penipu ini membelanjakan wang banyak sangat banyak untuk pengiklanan, dan mendapat hasil yang terbaik. Hanya ada satu cara sahaja untuk mengetahui jika anda berada di dalam laman sesawang penipu: sila semak dengan teliti nama laman sesawang tersebut dan sila pastikan ianya sama dengan laman yang rasmi.
Penipuan Bitcoin
Penipuan Bitcoin ini adalah penipuan yang baru, jika dibandingkan dengan penipuan yang lain yang tersenarai. Namun begitu, walaupun ia merupakan sesuatu yang baru ia tidak menghalangnya untuk terus tersebar secara meluas. Banyak laman palsu pertukaran matawang kripto dan servis pertukaran bitcoin merupakan salah satu yang terbukti membuatkan para penggodam menjadi kaya raya. Dengan hanya menukar satu huruf pada URL, mereka mencipta sumber Internet yang palsu yang mana anda boleh menyimpan dan membuat pertukaran bitcoin dan matawang kripto yang lain.
Matlamat utama pemancing data ialah untuk mencuri maklumat yang disimpan atau memaksa pengguna untuk membuat transaksi dengan matawang kripto, yang pada akhirnya akan dimasukkan ke dalam kocek para penipu ini. Antara jenis penipuan lain ialah kaedah piramid yang mana anda dijanjikan keuntungan yang tinggi dengan pelaburan yang sangat minima di dalam sesuatu projek. Ia merupakan prinsip umum dalam skim piramid duit klasik: keuntungan pelabur daripada pelaburan ahli-ahli yang baru. Lumrahnya, keuntungan yang paling besar ialah kepada mereka yang menyusunnya, dan apabila kehadiran pelabur semakin berkurangan, skim piramid ini akan dihapuskan.
Penipuan Forex
Penipu Forex akan sentiasa wujud selagi pasaran Forex wujud. Apabila skim penipuan ini telah didedahkan, penipu ini akan mencari peluang yang baru. Petanda utama penipuan Forex ini ialah dengan memberi jaminan keuntungan yang besar, hanya dengan sedikit ataupun tiada risiko kewangan langsung.
Peniaga tanpa malu-malu memikat pelanggan dengan spread yang rendah dan menawarkan margin yang sangat besar. Pada masa yang sama, pelaburan minimum diperlukan, dalam beberapa kes – dari $ 10. Berfikirlah secara kritis, jika anda dapat menjana jutaan dengan modal $ 10, mengapa sejauh ini semua orang tidak menjadi kaya? Perunding forex berada di tempat kedua dari segi populariti mereka. Mereka menyamar sebagai pedagang yang terhormat dan menawarkan pelanggan untuk melaburkan wang di pasaran mata wang. Pada masa yang sama, mereka menjanjikan komisen minimum untuk perkhidmatan dan wang tunai cepat.
Berbeza dengan Penipuan broker, penipu ini mensasarkan pelanggan yang yang boleh melabur puluhan ribu dollar segera. Daripada pandangan perundangan yang sah, skim penipuan ini sangat mudah dan jelas: anda memberi wang kepada sesiapa yang kurang dipercayai. Justeru, tidak ada siapa akan memulangkannya kepada anda, terutama sekali berserta dengan faedah.
Laman Sesawang Membeli Belah Palsu
Kita semua tergoda untuk membeli barang lebih murah daripada harganya di kedai rasmi - contohnya, iPhone. Di kedai peniaga, anda dapati iPhone 11 baru dengan harga $ 999. Walau bagaimanapun, di pelbagai laman web, penjual menawarkan telefon yang sama dua kali, tiga kali lebih murah, dengan alasan membeli terus dari kilang atau alasan lain. Oleh itu, sebelum membuat keputusan, pastikan anda memeriksa sama ada penjual tersebut boleh dipercayai dan periksa ulasannya. Walau bagaimanapun, nasihat kami adalah jangan mempercayai penjual semula dan pergi ke kedai rasmi.
Jika anda mahu membeli sesuatu dari Internet, sila pastikan anda berada di laman yang betul. Seperti yang kami beritahu awal tadi, kadangkala penipu ini mencipta laman tiruan yang sama dengan laman yang anda perlukan, dan yang berbeza hanya pada nama, sebagai contoh, asos.com dan bukan as0s.com. Dan hakikatnya, tidak semua orang perasan perbezaannya! Sesetengan pelanggan memilih pakaian, simpan di dalam troli, berikan maklumat kad, dan itu sahaja. Anda telah ditipu dan cuba membuktikan sesuatu sekarang!
Penipuan B2B
Kebanyakan penipuan mensasarkan pengguna. Namun begitu, menurut Federal Trade Commision (FTC), penipuan B2B semakin menjadi-jadi, dan pemilik perniagaan harus memberi perhatian yang penuh kepada amalan perbelanjaan mereka jika mahu mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. FTC telah melihat lonjakan invois palsu dengan halaman kuning.
Syarikat penipuan menghantar senarai invois kepada syarikat sasaran dan memerlukan pembayaran. Walau bagaimanapun, syarikat yang disasar tidak pernah memesan penyenaraian, dan tidak ada penyenaraian sama sekali. Sebelum Jabatan A/P anda menerima invois, pekerja anda mesti mengesahkan dokumen yang asal. Melihat sekilas kepada sejarah pembelian syarikat dapat membantu proses ini. Kakitangan anda harus memberi amaran kepada akaun yang mencurigakan untuk mendapat perhatian yang lebih daripada pihak pengurusan.
Komentar