Mengenai Sertai Kami

Penipuan Bitcoin Yang Popular & Mendapatkan Kembali Bitcoin yang Dicuri

Nov 30, 2020 - Koby Pearson

Super Healthy Cakes for all family

Sekiranya anda belum pernah mendengarkan perkataan bitcoin sejak beberapa tahun kebelakangan ini, anda pasti tinggal di dalam sebuah gua. Internet, TV, surat khabar – semua sumber maklumat yang ada membincangkan tentang kenaikan dan kejatuhan harga bitcoin dan pengaruhnya terhadap ekonomi.

Sama seperti setiap fenomena ekonomi lain, dengan populariti bitcoin yang meningkat saban hari, fraud dan scam mulai tersebar di semerata tempat. Tetapi, terlebih dahulu, apakah sebenarnya bitcoin itu?

Apakah itu bitcoin?

Bitcoin dicipta pada tahun 2009 oleh seseorang yang tidak dikenali yang menggunakan nama samaran Satoshi Nakamoto. Dalam bahasa yang mudah, bitcoin tidak jauh berbeza dengan matawang klasik USD atau EUR. Bitcoin adalah matawang. Apa yang unik mengenainya, ialah ia matawang kripto, yang bermaksud kewujudannya bukanlah secara fizikal: tidak dalam bentuk syiling, tidak dalam bentuk wang kertas, dan tiada bank pusat yang mengawalnya.

Mengapa bitcoin begitu popular?

Bitcoin adalah satu penemuan baru yang sangat penting. Ia membolehkan transaksi dilakukan tanpa orang tengah, yang bermakna anda tidak memerlukan bank. Satu lagi ciri penting bitcoin adalah betapa ia awanama sepenuhnya (full anonymity): anda boleh membayar untuk sesuatu tanpa membuktikan identiti anda.

Sesetengah orang membeli bitcoin untuk tujuan pelaburan, dengan harapan nilainya akan naik, seperti yang terjadi pada tahun 2017 ketika harga bitcoin melonjak seribu kali ganda.

Adakah bitcoin selamat?

Kebanyakan orang menganggap bitcoin seperti sebuah kotak pandora mitos yang terkandung di dalamnya pencuri, penipu, dan lain-lain golongan sampah masyarakat. Namun, di luar alam mitos, pernyataan seperti itu sama sekali palsu dan mengelirukan. Ribuan orang membangunkan rangkaian bitcoin setiap hari untuk menjadikannya lebih baik dan selamat.

Jadi, jawapan kepada soalan "adakah bitcoin selamat?" adalah "ya", tetapi pastikan anda menguruskan keselamatan anda. Jika tidak, anda boleh terjebak dengan penipuan matawang kripto.

Kata orang, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna. Itulah sebabnya mengapa kita berada di sini sekarang untuk membincangkan mengenai penipuan bitcoin yang paling meluas tersebar dan bagaimana anda boleh melindungi diri daripada mereka.

Apakah jenis-jenis penipuan Bitcoin yang paling popular?

  • Dompet bitcoin palsu

Jadi, anda mahu membeli sesuatu dalam talian dan membayar dalam bentuk bitcoin? Itu adalah idea yang bagus sekali. Namun, sebelum menghantar dana anda ke dompet yang tidak dikenali, buat sedikit kajian. Periksa ulasan mengenai kedai dan pemiliknya, lihat apakah pernah ada orang membuat laporan mengenainya, dan hanya setelah anda yakin orang tersebut boleh dipercayai baharulah anda kirimkan dana anda.

  • Skim piramid Bitcoin

Piramid Bitcoin adalah skim Ponzi versi kripto di mana anda mengambil wang dari pelabur baru untuk membayar pelabur sebelumnya. Sebagai contoh, pada tahun 2019, tiga lelaki ditangkap kerana terbabit dalam skim piramid matawang kripto bernilai $722 juta. Selama bertahun-tahun, mereka mengendalikan BitClub Network dan meminta wang daripada pelabur dan sebagai balasannya memberikan saham dalam usaha perlombongan matawang kripto. Mereka juga berjanji akan memberi ganjaran kepada pelabur jika mereka merekrut pelabur baru. Seperti yang anda boleh duga, akhirnya, pelabur tidak mendapat apa-apa.

  • Penipuan pelaburan Bitcoin

Penipuan pelaburan adalah apabila seseorang cuba mengaut keuntungan dengan menawarkan kepada anda peluang yang palsu beralaskan cerita-cerita yang meyakinkan semata-mata untuk mendapat sejumlah wang daripada anda. Sebagai contoh, mereka boleh mengatakan bahawa ada matawang kripto baru dilancarkan, dan anda boleh membeli syiling atau token sebagai sebahagian daripada Penawaran Koin Permulaan (ICO). Sekiranya anda bukan seorang yang pakar dalam matawang kripto atau pelaburan, jauhi tawaran sebegini. Jika tidak, anda mungkin akan melaburkan semua dana anda untuk matawang kripto yang tidak wujud dan tidak akan pernah wujud.

  • Penipuan media sosial

Pada bulan Julai 2020, akaun Twitter orang-orang yang paling terkenal di dunia telah terlibat dalam penipuan bitcoin dalam talian yang besar. Joe Biden, Barack Obama, dan Elon Musk telah menyiarkan tweet yang meminta pengikut untuk menghantar bitcoin ke alamat tertentu yang tidak dikenali. Sudah tentu, akaun-akaun tersebut sebenarnya telah digodam. Namun penipu itu sempat menerima lebih dari $121,000.

Nasihat: jangan sesekali kirimkan wang ke dompet bitcoin tanpa membuat kajian. Walaupun yang meminta itu Elon Musk.

Bagaimana mendapatkan kembali bitcoin dari penipu?

Mujurlah, ada cara untuk mendapatkan kembali bitcoin anda yang dicuri. Sekiranya dana berada di tangan pengurup, anda perlu menghubungi mereka dan meminta untuk menghentikan sementara proses pemindahan hakmilik dan membekukan kripto anda. Malangnya, tidak semua pengurup sudi berkerjasama, jadi anda mungkin perlu mendapatkan bantuan undang-undang.

Untuk memperjuangkan kepentingan anda di sisi undang-undang, anda harus mengetahui siapa yang mencuri matawang kripto anda. Secara amnya, untuk melaksanakan perintah yang memerlukan penipu menyerahkan bitcoin yang dicuri, anda perlu mengetahui siapakah mereka.

Syukurlah, salah satu daripada manfaat dan kelebihan matawang kripto adalah keupayaan untuk melihat ke mana koin itu pergi. Jika transaksi melalui proses pengurupan, kemungkinan besar anda boleh mengetahui siapa pemilik dompet itu. Ini akan membolehkan anda mendapatkan perintah untuk mendedahkan identiti pencuri kripto dan mendapatkan semula wang kripto anda yang dicuri.

FAQ

Bagaimana Untuk Melindungi Diri Saya Daripada Penipuan Atas Talian?

Penipuan di Internet telah wujud seusia dengan wujudnya laman sesawang itu sendiri. Saban tahun, penipu telah mewujudkan pelbagai tipu dan helah baru untuk memperdaya bakal mangsa mereka. Untuk mengelakkan diri anda terperangkap dengan penipuan atas talian ini, sila pastikan anda mengikut peraturan mudah berikut:

  • Semak tetapan privasi media sosial anda dan jangan sesekali berkongsi maklumat dengan seseorang yang anda tidak kenal.
  • Cipta kata laluan yang kukuh dan berlainan bagi setiap laman sesawang yang anda lawati. Pakar menasihatkan supaya anda menukar kata laluan anda beberapa bulan sekali.
  • Sentiasa berhati-hati apabila menggunakan Wi-Fi umum. Anda boleh gunakannya untuk melayari laman umum, tetapi jangan sesekali menggunakannya untuk membeli belah ataupun untuk perbankan.
  • Jangan membuka atau mengklik teks, tetingkap yang muncul, pautan, ataupun lampiran dalam emel yang mencurigakan.
  • Jangan menghantar wang ataupun memberi maklumat kad kredit, maklumat akaun atas talian, ataupun salinan dokumen peribadi kepada orang yang anda tidak kenal ataupun percaya.
  • Berhati-hati dengan permintaan bayaran yang luar biasa. Penipu akan sentiasa meminta anda untuk membuat pembayaran dengan kaedah yang luar daripada kebiasaaan, termasuklah kad hadiah ataupun matawang digital, seperti Bitcoin.

Apa Yang Saya Harus Lakukan Jika Saya Sudah Menjadi Mangsa Penipuan Atas Talian?

Kadangkala kita memilih untuk tidak membuat laporan penipuan kerana berasa malu setelah ditipu. Harus diingat penipuan adalah jenayah, dan penipu akan sentiasa mencari kaedah baru untuk menipu mangsa mereka. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa, jadi anda harus bersungguh-sungguh untuk mencegahnya.

Perkara pertama yang harus anda lakukan jika sudah menjadi mangsa penipuan ini ialah anda harus menghubungi pihak polis. Sila hadirkan diri ke balai polis terdekat ataupun hubungi nombor kecemasan untuk mendapatkan khidmat nasihat. Sila hubungi bank jika ia melibatkan kad kredit, perbankan atas talian, ataupun cek anda.

Jika wang anda telah dipindahkan melalui sistem pembayaran atas talian (PayPal, WebPay, dll), sila hubungi khidmat bantuan pelanggan mereka. Khidmat bantuan pelanggan boleh menyekat akaun penipu tersebut, untuk mencegah kemungkinan berlakunya kecurian.

Bolehkah Saya Menerima Wang Saya Semula?

Jika penipu tersebut sudah mencuri maklumat kad anda, anda perlu menghubungi khidmat pelanggan bank anda dan menyekat kad tersebut. Selepas itu, hadirkan diri anda ke bank dan hantar permohonan untuk membatalkan pemindahan tersebut. Semakan ke atas permohonan anda boleh mengambil masa sehingga 30 hari. Sila bawa bersama segala bukti yang menunjukkan anda telah diperdaya dan bawa ia kepada pihak bank dan juga polis.

Menurut statistik, hanya 23 peratus sahaja laporan diterima daripada jumlah kehilangan 1.7 juta kes, ia bermakna anda mempunyai peluang untuk menerima kembali wang anda.

  • Mesej berjaya dihantar
  • Mesej tidak berjaya dihantar

Komentar

Vanessa 2022-04-19 13:59:51

Jika anda mendapati anda menjadi mangsa penipuan, bertenang dan kumpulkan semua dokumen dan maklumat yang anda ada kaitan dengan transaksi tersebut. Jika anda menggunakan kad kredit, anda mungkin boleh mendapatkan semula beberapa kerugian anda melalui bank atau syarikat kad kredit anda. Dengan syarat penipu boleh dikesan dan didakwa melakukan jenayah. Anda juga mungkin boleh mendapatkan kembali wang anda melalui pindahan wang melalui bank dan Bitcoin dan Syiling lain apabila anda Melalui saluran undang-undang yang dipercayai yang terbaik dalam bidang yang saya maksudkan dengan Lallroyal .org daripada cuba mendapatkan semula wang anda sendiri.

Sandra 2022-09-01 05:36:37

Saya adalah mangsa penipuan yang sama dan saya telah ditipu oleh binari platform pilihan Saya kehilangan kira-kira $141,000.00 kepada 2 syarikat Forex berbeza. Ia benar-benar masa yang sukar untuk saya kerana itu sahaja yang saya ada. Tidak sehingga saya dirujuk kepada Lallroyal .org ( Syarikat pemulihan) yang pakar dalam pemulihan dana yang hilang daripada sebarang penipuan dalam talian atau Penipuan Pelaburan. Pendek kata, saya mencuba mereka dan mereka berjaya membantu saya memulihkan semua yang saya hilang Dari platform, Saya terkejut kerana saya tidak percaya ini mungkin, dan orang ramai memberitahu saya saya tidak boleh mendapatkannya kembali. Saya gembira dapat mendapatkan semula milik saya dan anda boleh mencuba syarikat juga.Saya jamin kejayaan.

Bekky 2023-03-29 03:35:57

Saya juga kehilangan sedikit wang kepada broker yang tidak dikawal beberapa bulan yang lalu. Saya mendapat kembali wang saya melalui transaksi yang saya buat daripada akaun bank saya ke akaun coinbase saya dan kemudian saya menghantar wang dari coinbase ke dompet penipu menggunakan syarikat caj balik bernama Amendall .net. Saya sudah fikir saya telah kehilangan wang saya sehingga Syarikat Pemulihan Amendall membantu saya mendapatkan semula wang saya yang hilang. Mereka sangat baik dan pantas dalam memulihkan wang yang hilang daripada semua penipu dalam talian ini.

Tinggalkan komen

Kami menggunakan cookies

Dengan melawat laman web FraudHunter, anda mempersetujui tindakan kami memproses data peribadi adna menggunakan perisian metrik. Butiran selanjutnya

Berita terkini: WikiFX: Berapakah Harga Untuk Reputasi Broker?

Baca lebih lanjut