WikiFX Memeras Ugut Broker dan Menulis Ulasan Palsu
Jika anda pernah tertarik untuk berdagang, anda pasti pernah terdengar tentang WikiFX. WikiFX memposisikan diri mereka sebagai "aplikasi penyelidikan kawalan selia broker forex global". Itu suatu yang sungguh egois sekali bagi sebuah syarikat yang sebenarnya satu scam! Tapi mari kita dahulukan topik yang lebih penting.
Apakah itu WikiFX?
WikiFX adalah "penyedia perkhidmatan pihak-ketiga untuk para pengguna yang ingin menyelidik sama ada suatu broker itu formal, sah dari segi undang-undang, dan benar wujud." Inilah yang mereka tuliskan di bahagian keterangan mereka. WikiFX mengkhusus dalam semakan kawalan selia dan lesen-lesen broker dan mengumpulkan ulasan-ulasan dari para pengguna tentang broker.
Bagaimana pun, kami mempunyai bukti yang akan membuatkan anda tidak lagi mempercayai WikiFX. Selepas menjalankan satu kajian singkat, saya telah menemui beberapa posting di sebuah forum popular Amerika di mana ada beberapa orang yang mendakwa mereka telah menjadi mangsa. Menurut mereka, WikiFX menyebarkan ulasan palsu (fake reviews) dan maklumat salah di laman web mereka dan selepas itu memeras ugut broker.
WikiFX: Asal Usul, Matlamat, dan Cara Untuk Melawan Pesaing
WikiFX adalah sebuah syarikat dari China yang bermatlamat untuk melindungi platform-platform dari negara mereka dan menghancurkan pesaing-pesaing yang ada. WikiFX biasanya beroperasi di negara-negara Asia Pasifik: Thailand, Vietnam, China, Filipina, Indonesia, dsb. Di laman web mereka, mereka meletakkan tanda kononnya broker-broker tersebut tidak dikawal selia (tidak berlesen) dan diragui. Kemudian pegawai-pegawai mereka memeras broker menerusi Skype, LinkedIn, dan emel.
Lazimnya mereka menawarkan untuk membeli pakej klasik yang berharga sekurang-kurangnya $3000 sebulan, dan hanya selepas itu mereka akan memberikan anda ulasan yang jelas dan lunak. Jika broker enggan membayar, ulasan negatif akan ditulis tanpa henti.
Kes 1. WikiFX Meminta Wang Untuk Berhenti Menulis Ulasan Palsu
Satu sumber yang meminta identiti mereka dirahsiakan telah kongsikan kepada saya beberapa rakaman skrin perbualan di antara beliau dan pengurus WikiFX. WikiFX menerbitkan maklumat tentang broker ini tanpa sebarang persetujuan atau izin dan kemudian mengaitkan mereka dengan komen-komen negatif. Setelah itu, pengurus WikiFX telah beberapa kali menghubungi beliau menerusi media sosial. Pertama sekali, saya pasti anda setuju jika saya katakan, sekiranya seseorang itu mahu meletakkan dirinya sebagai pengulas broker yang berwibawa di peringkat global, maka tidakkah beliau sekurang-kurangnya harus menggunakan Bahasa Inggeris yang baik dan benar?
Pengurus WikiFX mengiklankan servis mereka kepada broker.
Seperti yang boleh kita lihat, pengurus ini cuba untuk meyakinkan sumber kita untuk mempromosikan syarikat mereka di laman web WikiFX. Sumber menjawab bahawa beliau tidak berminat, dan cuba teka apa yang berlaku seterusnya? WikiFX menerbitkan maklumat tentang broker ini di laman web mereka dengan rating rendah yang tidak munasabah. Bila mereka menanyakan mengapa ini berlaku, dan bagaimana ia boleh diselesaikan, pengurus WikiFX membalas:
WikiFX meminta wang untuk perbaiki rating di laman web mereka
Sungguh menarik sekali. Jadi, untuk membuang ulasan-ulasan jelik dan meningkatkan rating keseluruhan di WikIFX, kita perlu membayar wang. Anda mahu tahu berapa banyak wang yang perlu broker bayar setiap bulan untuk mendapatkan maklum balas positif dari WikiFX? Nah, lihatlah sendiri:
Harga WikiFX untuk mendapatkan rating tertinggi
Tempat pertama dalam senarai ranking rating tertinggi menuntut kos $7000 per bulan hanya untuk satu wilayah. Jika broker ini beroperasi di beberapa wilayah, mereka perlu membayar $7000 bagi setiap satu wilayah tersebut. Namun begitu, ini akan membawa mereka ke kumpulan rating teratas. Bukannya ulasan yang tulen, bukan kawalan selia, bukan lesen – semua itu tidak penting untuk WikiFX. Hanya wang yang penting, dan hanya wang yang boleh membawa sesebuah broker ke kedudukan terbaik, tidak kira jika broker itu sah atau haram.
Kes 2: WikiFX Memberikan Rating Rendah Dan Menipu Bahawa Broker Tidak DIlesenkan
Mari kita lihat beberapa contoh dan pilih satu broker secara rawak dari senarai mereka. Nomura Holdings ialah sebuah gergasi kewangan Jepun yang sudah berada di pasaran selama hampir seratus tahun. Beri perhatian, bukan sedekad dua tapi seratus tahun. Jom kita lihat apa yang WikiFX beritahu kita mengenai mereka:
Rating yang rendah untuk Nomura mengatakan bahawa mereka tidak berlesen (walaupun sebenarnya memang berlesen pun)
Hal yang pertama sekali menarik perhatian kami adalah betapa kononnya Nomura tidak berlesen. Namun selepas penyelidikan ringkas di Google, kami dapat melihat dengan jelas bahawasanya Nomura sebenarnya berlesen. Ini bererti WikiFX sengaja memotong beberapa markah dari rating Nomura, mengharapkan Nomura akan membayar mereka untuk meningkatkan skor keseluruhannya. Sejujurnya, syarikat yang mempunyai sejarah yang panjang dan nama yang gah seperti Nomura tidak akan memberikan perhatian kepada scammer picisan yang cuba untuk kaya segera dengan memeras jenama terkenal.
Kes 3. WikiFX Menjalankan Siasatan Palsu Untuk Membuat Duit
Satu lagi contoh yang akan membuktikan WikiFX suatu operasi scam adalah situasi dengan sebuah broker forex Indonesia, Finex. WikiFX menerbitkan sebuah artikel tentang lawatan mereka ke pejabat Finex di Indonesia. Mereka katakan bahawa Finex tidak sah, dan pejabat Finex sebenarnya tidak wujud di alam nyata. Bagaimana pun, saya telah menghubungi wakil Finex, dan anda mahu tahu apa yang terjadi? Mereka mengatakan bahawa WikiFX telah datang ke suatu pejabat di Greece yang langsung tidak pernah ada apa-apa kaitan dengan Finex, merakamkan beberapa keping foto, dan seterusnya menuliskan satu ulasan palsu! Kini, WikiFX memberikan Finex rating yang rendah dan memberi amaran kepada pengguna agar menjauhi Finex.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, WikiFX adalah sebuah laman web penipu (scammer) yang cuba untuk memeras wang dari broker dengan memberikan ulasan negatif palsu, rating rendah yang dibuat-buat, dan menyebarkan maklumat tidak benar. Jika broker tidak bersetuju dengan syarat-syarat WikiFX, WikIFX akan cuba untuk mendapatkan wang menerusi taktik peras ugut. Tolong jangan percaya dengan rating yang diberikan WikiFX di laman web mereka. Kesemuanya adalah palsu dan telah dibeli oleh mereka yang tidak kisah membelanjakan wang untuk servis-servis yang merepek seperti WikiFX. Hari ini broker membeli rating palsu, tetapi esok mereka akan gulung tikar. Lusa, mereka boleh mulakan perniagaan baru, tetapi tiada siapa yang akan memulangkan wang para pedagang.
Dan sebagai penutup kalam, kami ingin berikan anda sedikit nasihat. Anda tidak perlukan WikiFX atau laman-laman web ulasan (review websites) untuk memahami jika suatu broker itu sah atau tidak. Apa yang anda perlu lakukan adalah menyemak lesen dan kawalan selia, lihat jika kawalan selia itu sah untuk negara anda bermastautin, dan jika anda masih mempunyai keraguan, anda perlu hubungi khidmat bantuan pelanggan broker tersebut. Saya doakan anda terus bernasib baik dalam perdagangan anda dan jangan percaya dengan laman web yang memeras pihak lain untuk mendapatkan wang mudah
Komentar